Kahoot Quiz (E-Learning)
23 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 September 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan platform kahoot Quiz. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid Tahun 6. Objektif utama kelas diadakan adalah untuk meningkatkan daya pengetahuan peserta. Kahoot adalah platform yang merupakan pembelajaran jenis visual. Seterusnya, kahoot boleh menjadi sumber belajar dan media pembelajaran dalam generasi digital. Oleh itu, mereka diberi bimbingan cara bagaimana untuk menjawab soalan menggunakan platform tersebut dengan gajet masing-masing.
Dengan adanya platform kahoot mereka dapat menjawab kesemua soalan dengan jawapan yang baik dan tepat. Saya berharap agar, platform kahoot dapat membantu mereka untuk meningkatkan lagi daya pengetahuan dalam bidang mahupun subjek tertentu. Dengan itu juga, mereka dapat menambah lagi ilmu pengetahuan dengan menjawab soalan-soalan yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: